Popular Posts

ASSALAMUALAIKUM

antara niat dan manis bicara satukan didalam satu denyutan dimana jiwamu pasti bahagia kembali bersemi insani,lafazlah setulus hati nurani bukakann maksud tersimpan dihati biarpun pedih menyiksa naluri nawaitu tuntutan batin suci



Monday, February 15, 2010

Buang bayi

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes pembuangan bayi di Kuala Krai.Yang dasyatnya bayi itu rentung,kakinya terputus dan dijumpai di dalam tong sampah.Mari kita buka mata kita luas-luas,di mana nilai keinsanan yang ada dalam diri kita.Adakah kita ini sudah hilang sifat kemanusian????Mereka yang sanggup membuang anak seolah-olah mengangggapnya satu boneka yang boleh dibakar,dikoyak...Apabila sudah terlanjur,perut dah membuncit baru mereka ingin merasa malu.Tidak sedarkah mereka ketika mereka melakukan perkara x senonoh itu,malaikat raqib dan atid sentiasa mencatat amalan dan paling utama Allah senantiasa memerhatikan kita...Insaflah wahai manusia,kiamat hampir tiba.Ayuh banyakkan amalan kurangkan dosa agar syurga firdausi milik kita............

buang bayi!!!!!

Tuesday, February 9, 2010

ukhwahfillah

Andai ku diberi pilihan ,seribu kilauan bintang dengan seorang sahabat sejati ,batinku lebih tergerak untuk memilih seorang sahabat sejati yang sentiasa berdamping dengan ku ketika waktu senang dan susah.Di sekolah menengah baru ku mengenali erti sahabat serta kemanisan ukhwah.Di sini ku mula mengorak langkah meneroka alam yang penuh dengan tipu daya,dunia yang penuh dengan kemaksiatan dan tempat di mana kukenali jati diriku yang sebenar.Jadi rebutlah peluang selagi badan dikandung tanah,selagi nyawa belum ditarik,selagi mata belum tertutup,bersahabatlah ....kerana dengan bersahabat baru kita mengetahui nilai harga diri..renung-renungkanlah..............