Popular Posts

ASSALAMUALAIKUM

antara niat dan manis bicara satukan didalam satu denyutan dimana jiwamu pasti bahagia kembali bersemi insani,lafazlah setulus hati nurani bukakann maksud tersimpan dihati biarpun pedih menyiksa naluri nawaitu tuntutan batin suci



Tuesday, March 9, 2010

'malam ambang merdeka' simbol,kemerdekaan atau penjajahan?

Mari kita renung sbntr,tanggal 31 ogos menyaksikan semua rkyt malaysia berbangga atas apa yg dikecapi iaitu nikmat merdeka yg selama ini tlh dirampas oleh soldadu2x portugis,armada2x belanda,tipu muslihat british dan diktator2x japanese.Detik 12.00 malam iaitu pada malam 31 ogog 1957 di stadium merdeka,menyaksikan bendera Malaysia telah dikebarkan buat pertama kalinya.Namun pada hari ini,lain pulak citenye. Pada detik ini ,anak-anak muda seolah-olah mendapat lesen kebebasan.Sebagai contoh,kita dapat saksikan beribu-ribu anak muda tidak kira lelaki mahupun wanita tanpa segan silu membonceng motosikal bersama-sama tanpa ade sekelumit sifat malu.Rasulullah pernah bersabda, malu itu adalah merupakan cabang2x iman.Namun,secara faktanya malam ambang merdeka pada asal tujuannya adalah baik iaitu mengajak warga Malaysia untuk memperingati pahit maung pejuang kemerdekaan yang bermandi darah untuk mempertahankan negara pada50 dasawarsa yang lalu.Malangnya malam itu telah disalah ertikan oleh golongan muda yang inginkan kebebasan hakiki tanpa mengikut batas2x agama.Lihatlah sekarang semuanya sudah berubah.Jika dulu aktiviti ini mampuningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Malaysia namun kini ia seolah-olah peruntuh akhlak anak nusa dan bangsa.Realitinya pada malam yang indah bagi anak muda itu, maksiat bermaharajalela;lelaki dan pompuan tanpa segan silu berpegang tangan.Tidak cukup dengan itu ,ramai pada malam itu mabuk dengan air kencing setan.Paling menyedihkan kondom bersepah2x,seolah-olah malam ambang kemaksiatan.Persoalannya adakah ini lambang identiti rakyat Malaysia?adakah ini manifestasi bagi menunjukkan erti kebebasan sebenar?adakah ini yang islam ajar?ataupun adakah minda kita masih terjajah dengan budaya barat?Sedarlah sebaiknya kita insaf cepat2x. Jangan biarkan bala menimpa kpd seluruh rakyat malaysia.Cukuplah peristiwa Tsunami pada detik 25 Disember 2004 menjadi pedoman kepada kita.Ingatlah daripada Abu hurairah,salah satu bala yang akan diturunkan oleh Allah ialah awan kemerahan yang membawa erti kepanasan.Lihatlah suhu negara kita semakin meningkat dari sehari-kesehari.Oleh itu,Mari kita jalankan amar makruf nahi munkar.Jika dahulu anak orang merupakan anak kita juga.Namun kini semuanya jaga tepi kain sendiri je tanpa menghiraukan orang lain.Adakah ini yang dinamakan ukhwahfillah?Renung2xkanlah.Sekali lagi saya ingin soal diri anda 'malam ambang merdeka'simbol kemerdekaan atau penjajahan?